Anda mempunyai akaun blogger?

Thursday, September 30, 2010

MENIKMATI KEHIJAUAN POHON BAKAU DI TAMAN REKREASI RHU MADU MERCHANG

Taman Rekreasi Rhu Madu Merchang terletak di dalam daerah Marang iaitu berada di laluan utama Kuala Terengganu – Kuantan dan berhadapan dengan Hutan Lipur Jambu Bongkok. Taman ini adalah kawasan yang dijadikan tempat persinggahan para pengunjung yang melalui kawasan ini. Di kawasan ini terdapat tempat duduk yang boleh kita beristirehat untuk melepaskan kepenatan sepanjang perjalanan di dalam kenderaan. Kami sekeluarga kebiasaannya akan singgah ke...

PENGALAMAN YANG SUKAR DILUPAKAN DI HUTAN LIPUR CEMERONG

Kemuncak lawatan kami ke tempat-tempat menarik di negeri Terengganu ialah ke Hutan Lipur Cemerong. Perjalanan kami pada hujung minggu yang lepas telah dirancang dengan sebaik-baiknya. Selepas singgah di Makam Sultan Yahya Siak, kami terus bergerak ke Hutan Lipur Cemerong. Hutan Lipur Cemerong ini berada di dalam hutan simpan kekal negeri Terengganu dan terletak di dalam kawasan Hulu Dungun, daerah Dungun. Diangggarkan jarak ke sini adalah 120 kilometer...

SINGGAH SEBENTAR DI MAKAM SULTAN YAHYA SIAK

Persinggahan kami yang seterusnya selepas dari Pusat Penerangan Penyu di Rantau Abang ialah di Makam Sultan Yahya Siak yang terletak di Kampung Che Lijah, Dungun. Kami selalu melalui laluan makam ini jika pulang ke kampung dan setiap kali membaca papan tanda makam ini hati sering berkata apakah yang menarik tentang makam itu. Kiranya persinggahan kami kali ini di sini ialah untuk pertama kalinya. Hasilnya beberapa gambar di sekitar makam ini saya...

Wednesday, September 29, 2010

MELAWAT KE PAMERAN PENYU DI PUSAT PENERANGAN PENYU

Kesempatan berada selama dua hari di Rantau Abang digunakan sepenuhnya oleh kami untuk melawat ke Pusat Penerangan Penyu iaitu pada hari terakhir kami berada di situ. Pusat ini terletak hanya dilaluan jalan utama Kuantan – Kuala Terengganu dan daripada chalet yang kami menginap hanya 200 meter sahaja jaraknya. Tujuan pusat ini dibina adalah untuk memberikan pengetahuan kepada pengunjung mengenai penyu dan kenapa kita perlu pulihara penyu daripada...

MANDI MANDA DI TEPI PANTAI RANTAU ABANG

Semasa menginap di salah sebuah chalet di Rantau Abang baru-baru ini, kami sekeluarga sempat mandi di pantai di sini. Ini adalah kali pertama kali kami singgah di pantainya walaupun berulang alik melalui jalan raya dari Kuala Terengganu – Kuantan. Sebelum ini kami hanya melihat pantai ini dari atas jalan raya sahaja, tetapi kali ini dapat merasai keindahan pantainya dan dapat pula mandi manda di sini dengan sepuas-puasnya.pantainya yang bersih dan...

Tuesday, September 28, 2010

PENGALAMAN YANG AMAT BERHARGA DI RANTAU ABANG

Pada hujung minggu yang lepas, saya berpeluang bercuti ke Rantau Abang bersama-sama dengan ahli keluarga dan tinggal selama 2 hari 1 malam di chalet De’Teratai Beach Resort. Jarak Rantau Abang adalah sebanyak 65 kilometer dari Kuala Terengganu dan berada di laluan utama Kuantan-Kuala Terengganu. Selama berada di sana, kami dapat menikmati keindahan pantai Rantau Abang sepuas-puasnya.D'Teratai Beach Resort menikmati minum petang sambil menikmati keindahan...

Monday, September 27, 2010

SINGGAH DI LAGENDA BATU PENYU DI BUKIT CHE HAWA, RANTAU ABANG

Semasa lawatan kami ke Rantau Abang hujung minggu yang lepas, kami sempat singgah ke Lagenda Batu Penyu yang terletak di Bukit Che Hawa. Di atas bukit ini terdapat sebuah batu besar yang menyerupai bentuk penyu yang panjangnya kira-kira 3.5 meter. Untuk sampai ke kawasan ini daripada jalan utama (jika dari Kuantan) dan sebelum sampai ke Pusat Penerangan Penyu, anda akan berjumpa dengan papan tanda arah ke bukit ini. Laluan masuk adalah di sebelah...
Related Posts with Thumbnails