Anda mempunyai akaun blogger?
Showing posts with label Taman Rekreasi. Show all posts
Showing posts with label Taman Rekreasi. Show all posts

Thursday, September 30, 2010

MENIKMATI KEHIJAUAN POHON BAKAU DI TAMAN REKREASI RHU MADU MERCHANG


Taman Rekreasi Rhu Madu Merchang terletak di dalam daerah Marang iaitu berada di laluan utama Kuala Terengganu – Kuantan dan berhadapan dengan Hutan Lipur Jambu Bongkok. Taman ini adalah kawasan yang dijadikan tempat persinggahan para pengunjung yang melalui kawasan ini. Di kawasan ini terdapat tempat duduk yang boleh kita beristirehat untuk melepaskan kepenatan sepanjang perjalanan di dalam kenderaan. Kami sekeluarga kebiasaannya akan singgah ke sini jika dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu atau dari Kuala Terengganu ke Kuantan. Taman ini sering menjadi tumpuan orang ramai kerana kawasannya adalah berada di tepi jalan utama.



Taman rekreasi ini terletak di tepi jalan utama Kuantan-Kuala Terengganu


kerusinya yang unik


Di mana sebelah taman ini, terdapat kawasan paya yang dipenuhi paya dan pokok-pokok renek yang lain. Sesiapa yang berada di sini pasti akan tenang dengan pemandangan pohon-pohon bakau dan pokok-pokok renek di sekitar kawasan ini.


kehijauan pokok-pokok di sini yang menenangkan sesiapapun yang berada di sini


Selain itu, kawasan ini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti tandas, kedai makan, surau dan wakaf untuk berehat. Kebersihan di kawasan ini turut dijaga dengan baik oleh Majlis Daerah Marang. Pasti tidak rugi anda ke sini, malah berbaloi-baloi lagi...dan pasti tidak jemu untuk singgah ke sini lagi kerana sesungguhnya Terengganu di hatiku..



kawasannya yang bersih


Share

Wednesday, September 22, 2010

PELBAGAI TARIKAN DI TAMAN BANDAR TELUK GADUNG

Artikel kali ini saya ingin berkongsi satu tempat menarik yang boleh dijadikan sebagai satu destinasi percutian keluarga. Tempat yang saya maksudkan ialah Taman Bandar Teluk Gadung yang terletak di dalam daerah Dungun dan berhampiran dengan kampus UITM cawangan Dungun. Taman ini menarik sekali kerana di kawasan taman ini terdapat sebuah pantai yang popular di daerah ini yang dikenali sebagai Pantai Teluk Gadung dan bersebelahan dengan hutan lipur yang dikenali sebagai Hutan Lipur Tanjung Gadung. Selain pantainya yang bersih dan cantik, air tasik yang terletak di hujung kawasan taman ini turut menarik perhatian kepada semua pengunjung berada di kawasan ini.



papan tanda di hadapan kampus UITM Dungun


Papan tanda ke Hutan Lipur Tanjung Gadung


Buat pengetahuan pembaca di luar, sebenarnya saya pun tidak pernah tahu kewujudan Taman Bandar Teluk Gadung ini walaupun kebiasaannya kerap juga saya melalui kawasan daerah Dungun. Kami singgah ke sini semasa dalam perjalanan ke bandar Dungun selepas ke Taman Rekreasi Teluk Bidara sebelum ini. Perjalananan untuk ke taman tersebut menarik sekali kerana sepanjang perjalanan ke taman tersebut kami dihidangkan dengan pemandangan yang menarik sekali dan udara yang nyaman dari pantai.



amat indah pemandangan di sini


pemandangan yang indah disamping beberapa wakaf yang dibina untuk tempat berehat


video sepanjang perjalanan di tepi pantai ke Taman Bandar Teluk Gadung

Di kawasan taman ini terdapat banyak kemudahan, antaranya kedai makan, taman permainan, surau, wakaf tempat duduk, tempat letak kenderaan dan bersebelahan kampus UITM cawangan Dungun ini terdapat juga Hotel UITM. Pada pandangan saya, tempat ini boleh dijadikan tempat pelancongan yang terkenal kerana kemudahannya yang lengkap dan persekitarannya turut menarik sekali.



antara kemudahan yang terdapat di sini


antara gambar yang menarik perhatian saya


gambar ini turut menjadi antara gambar yang paling cantik yang pernah saya ambil


banyak tempat duduk yang dibina di sini


Selain daripada menikmati keindahan pantai, terdapat juga pengunjung yang datang ke sini untuk melakukan aktiviti memancing. Semasa kami singgah ke sini, terdapat beberapa pengunjung sedang mengail di tepi tasik di kawasan taman ini. Bersebelahan tasik tersebut adalah terdapatnya hutan yang dikenali Hutan Lipur Tanjung Gadung.



model cilikku bergambar di tepi tasik dan bersebelahan dengan hutan lipur




Share

Monday, September 13, 2010

SINGGAH SEBENTAR DI TAMAN REKREASI PULAU KERENGGA

Persinggahan kami yang seterusnya semasa kembali ke Kuantan selepas berhari raya di kampung halaman baru-baru ini ialah di Taman Rekreasi Pulau Kerengga. Taman rekreasi ini adalah terletak di jalan utama Kuala Terengganu – Kuantan. Anggaran jarak taman rekreasi ini dari Kuala Terengganu hampir 35 hingga 40 kilometer. Taman ini adalah berhampiran dengan Hutan Lipur Jambu Bongkok dan Taman Rekreasi Rhu Madu Merchang. Artikel pada masa akan datang, saya akan cuba berkongsi kepada pembaca blog tentang kedua-dua tempat tersebut.



pintu gerbang dan pemandangan yang amat indah di sini

Taman rekreasi ini amat menarik perhatian saya kerana terdapat sebuah jambatan yang menghubungkan Sungai Merchang dengan Pantai Pulau Kerengga. Pemandangan dari jambatan ini indah dan menawan sekali kepada pengunjung yang pertama kali sampai ke sini seperti saya. Sungai yang terdapat di sini adalah tempat para pengunjung memancing ikan. Apa yang menarik perhatian saya lagi ialah, semua tempat di taman ini adalah berwarna ungu iaitu warna kegemaran saya. Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan di sini, antaranya taman permainan kanak-kanak, tandas dan tempat persalinan, wakaf-wakaf untuk beristirehat dan lain-lain lagi.


jambatan yang menghubungkan sungai ke pantai


tempat yang dibina ini memang sesuai untuk para pemancing


antara gambar menarik yang sempat diambil semasa berada di sini


pokok-pokok nipah mencantikkan pemandangan di sini


kemudahan tandas dan bilik persalinan turut disediakan


Di sebabkan kekangan masa untuk mengejar masa untuk kembali ke Kuantan, saya hanya singgah sebentar di sini untuk mengambil beberapa gambar dan tidak sempat untuk ke Pantai Pulau Kerengga. Mungkin pantainya seperti pantai-pantai yang lain pernah saya singgah, iaitu pasirnya yang putih bersih dan air lautnya yang biru serta jernih. Mungkin jika ada rezeki pada masa akan datang, kami sekeluarga cuba akan singgah ke sini untuk lebih lama.


Share

Wednesday, September 1, 2010

TERPUKAU DENGAN KEINDAHAN PANTAI DI TAMAN REKREASI PANTAI TELUK BIDARA

Perjalanan balik dari Kuala Terengganu ke Kuantan baru-baru ini adalah pengalaman paling bermakna sekali bagi kami sekeluarga. Apa tidaknya beberapa tempat dan pantai yang belum kami jejaki telah berjaya dilakukan hanya dalam masa sehari.

Semasa kami sampai ke bandar Dungun ini, kami dapat melihat papan tanda ke Pantai Tanjung Jara. Apa lagi bagai pucuk dicita ulam mendatang, inilah antara tempat menarik yang kami cari-cari. Dalam masa 5 minit kami mengikut arah papan tanda tersebut dan apa yang kami jumpai ialah Tanjung Jara Resort yang cantik landskapnya dan pada pendapat saya berbaloi jika dapat menginap di sini. Mungkin lain kali jika ada rezeki bolehlah kami singgah ke sini lagi untuk bermalam pula di kawasan peranginan ini.


Selepas melewati Tanjung Jara Resort tersebut, kami terjumpa pula papan tanda ke Taman Rekreasi Pantai Teluk Bidara. Bagai disorongkan bantal, kami menukar fikiran pula untuk ke pantai tersebut pula setelah Pantai Tanjung Jara tidak dapat kami jejaki.


papan tanda ke Taman Rekreasi Pantai Teluk Bidara


Selepas melewati perkampungan nelayan di sini, dipenghujungnya kami dapat melihat tempat yang dimaksudkan melalui tugu tandanya. Memang cantik dan indah sekali sehinggakan tidak terkata-kata apabila keluar dari kereta menuju ke arah pantainya. Pantainya yang kebiru-biruan, pasirnya yang putih dan amat bersih sekali serta mempersonakan juga menenangkan fikiran kepada sesiapapun yang berada di sini.


pemandangan yang indah sekali dari atas bukit


terpukau dengan kecantikan pantai ini


Semasa kami tiba di sini, tidak ramai pengunjung hanya kami sekeluarga dan beberapa pengail sedang mencuba nasib mengail di sini. Pada pandangan saya yang Taman Rekreasi Pantai Teluk Bidara ini baru sahaja dibangunkan oleh pihak Majlis Perbandaran Dungun dengan membina beberapa wakaf, taman permainan, jalan yang berbatu untuk ke pantai,landskapnya yang cantik, surau dan tandas awam turut disediakan. Memang tak rugi jika anda singgah ke pantai ini untuk berehat bersama keluarga atau untuk mandi-manda di pesisir pantainya.


pengunjung yang sedang mengail di sini


antara kemudahan yang dibina di sini


Di bawah adalah beberapa gambar yang betul-betul menarik perhatian saya yang diambil menggunakan telefon Nokia E71 kesayangan yang dihadiahkan oleh suami sempena anniversary tahun lepas disebabkan kamera yang telah kehabisan bateri.


lorong jalan yang dibina untuk kemudahan pengunjung



wakaf yang dibina di atas bukit


pemandangan indah dari atas bukit


Share

Thursday, August 19, 2010

MENIKMATI PEMANDANGAN INDAH MASJID TERAPUNG DARI TAMAN AWAM LAGUN KUALA IBAI

Taman Awam Lagun Kuala Ibai yang terletak berhampiran dengan Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung). Kami sekeluarga singgah ke sini semasa ke masjid ini untuk melihat masjid terapung dari taman ini. Semasa kami mula-mula masuk ke taman ini melalui pintu gerbang yang tersergam indah, kelihatan tasik yang tenang yang berlatarkan masjid dan bukit. Semakin kami menyusuri jalan masuk ke dalam taman ini, kami dapat melihat beberapa sampan nelayan yang terdampar di tepi muara sungai di taman ini.



pintu gerbang ke Taman Awam Lagun Kuala Ibai


pemandangan yang indah berlatarkan muara sungai dan sampan nelayan


unik sekali binaan tembok pejalan kaki ini


Pemandangannya yang amat indah sekali dan menarik pengunjung ke sini. Pada pandangan saya, sampan tersebut adalah milik penduduk Kuala Ibai.Di kawasan ini, banyak dibina wakaf-wakaf yang berbentuk kubah yang bertujuan untuk pengunjung beristirehat selepas solat atau beribadah di Masjid Tengku Tengah Zaharah di sini. Selain daripada itu, taman ini membolehkan pengunjung menikmati pemandangan Masjid Tengku Tengah Zaharah yang terapung di dalam tasik berhampirannya.


taman permainan dan wakaf yang dibina di sini


Kawasan ini terdapat juga taman permainan yang dibina untuk menghilangkan kebosanan kanak-kanak semasa ahli keluarga yang lain menikmati pemandangan indah masjid terapung dari sini.


tempat untuk melihat pemandangan masjid terapung di taman ini


pemandangan indah masjid terapung dari taman ini



Share

Sunday, July 11, 2010

MAJLIS PENTAULIHAN GURU SILAT DI TAMAN BANDAR CUKAI, KEMAMAN

Dalam perjalanan untuk ke Masjid Kemaman pada 10hb Julai (Sabtu), saya sempat melihat aktiviti yang sedang dilakukan di Taman Bandar Cukai, Kemaman. Taman ini adalah berhadapan dengan bangunan Majlis Perbandaran Kemaman.


Daripada banting yang digantung, saya dapat mengagak YAB Dato' Ahmad bin Said datang membuat lawatan kerja di sini. Mungkin saya belum terlewat kerana Majlis Pentauliahan kepada 87 orang guru silat di Padang Astaka yang terletak di taman ini sedang berlaku . Seramai 6000 lebih pesilat-pesilat dan pelajar-pelajar sekolah dari negeri Terengganu, Kelantan, Johor, Perak dan Pahang yang menghadiri majlis ini.


Sebenarnya aktiviti seperti ini adalah dapat menarik pelancong ke sini. Seni silat adalah salah satu daripada cabang kesenian di negeri ini. Kerajaan negeri Terengganu merancang untuk mengumpulkan semua tok guru seni persilatan Melayu di negeri itu untuk mendokumentasi ilmu seni pertahanan diri dalam usaha memastikan ia tidak pupus ditelan zaman
. Difahamkan di Terengganu terdapat sebanyak 145 buah persatuan perguruan persilatan yang berdaftar termasuk Silat Cekak Hanafi, Silat Gayong, dan Silat Cekak Malaysia. .


Mungkin artikel seterusnya saya akan berkongsi cerita tentang seni silat negeri ini pula
. InsyaALLAH..


taman bandar cukai yang luas dan banyak kemudahan menggamit pengunjung ke sini untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu


banting semasa aktiviti di Taman Bandar Cukai sedang berlaku


ramai pengunjung yang datang untuk menyertai program ini


bangunan Majlis Perbandaran Kemaman yang indah dan berhadapan dengan Taman Bandar Cukai


taman permainan adalah salah satu kemudahan yang terdapat di Taman Bandar Cukai


Taman Bandar Cukai adalah satu kawasan yang sesuai untuk dilakukan pelbagai aktiviti di sini. Kawasannya yang luas dan mempunyai pelbagai kemudahan serta ianya turut berhampiran dengan Masjid Kemaman.



Share

Thursday, July 8, 2010

BERJALAN-JALAN DI TAMAN REKREASI DAN MINI ZOO- KEMAMAN

Aktiviti ini rasanya dah hampir sebulan telah berlaku dan masa tu semua satu keluarga ke sana. Masa tu waktu cuti sekolah, jadi bukan kami sahaja yang ke sana tetapi ramai juga pengunjung lain ke Zoo Kemaman ini. Anak-anak pun dah besar bolehlah kenal binatang-binatang di dunia ini selain daripada yang mereka tengok seperti kucing, lalat, semut dan lain-lain. Biasalah antara orang dewasa dan kanak-kanak, kanak-kanaklah yang paling suka kalau bab berjalan-jalan ni. Bukannya apa, masa kita kecil-kecil dulu dah puas berjalan-jalan dan bermain.



pintu gerbang taman rekreasi dan mini zoo kemaman


lihatlah gaya kanak-kanak riang.....suka tengok haiwan-haiwan di Zoo Kemaman..siap ajak lagi minggu depan datang sini..



Dari Kuantan dianggarkan lebih kurang 60km untuk ke Kemaman. Kami sekeluarga bertolak dalam jam 9.30 pagi dan dianggarkan sampai jam 10.15 pagi. Sebenarnya dah ingat-ingat lupa masa pergi dan balik kerana dah hampir sebulan ke sana. Bayaran untuk masuk ke zoo tersebut ialah untuk dewasa RM10.00 manakala untuk kanak-kanak 5 tahun ke atas ialah RM7.00.



Kebiasaannya kawasan zoo memang luas, tidak terkecuali dengan zoo Kemaman ni. Kami terpaksa naik keretapi yang disediakan untuk masuk ke dalam atau tempat tinggal haiwan-haiwan. Tapi tak sempat lah pula untuk ambil gambar masa di atas keretapi (ditarik menggunakan traktor)




penulis di hadapan zoo...


beruang yang sedang berlegar-legar dalam kandangnya...mungkin lapar kot

ini pak belang...ada 2 ekor sebenarnya..seekor lagi di sebalik batu..tak nampak pula dalam gambar ni


jambatan gantung di zoo ini, di bawah jambatan ni ialah kandang harimau...takut....tapi mencabar...anak-anak suka

dah penat berjalan-jalan tengok haiwan, masa untuk bermain...di dalam zoo ni banyak kemudahan yang disediakan...seperti tandas, surau, kedai runcit dan lain-lain lagi



Share
Related Posts with Thumbnails