Anda mempunyai akaun blogger?

Monday, September 6, 2010

BERBALOI SINGGAH DI PANTAI TELUK KETAPANG

Pantai Teluk Ketapang yang terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Sepanjang pantainya sungguh cantik dengan pohon-pohon kelapa dan ru yang meliputi kawasan ini serta menjadi sebahagian besar landskap pantai ini.


sampan yang baru dibina di hadapan papan tanda di pantai ini


gabungan papan tanda pantai dengan keindahan pantai ini


Keindahan pantai ini makin bertambah dengan pembinaan wakaf-wakaf yang unik dan klasik oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Terengganu. Pasir di pantai ini sungguh halus dan bersih serta mendamaikan kepada sesiapa yang berada di sini.
Pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini, antaranya memancing ikan dan menaiki kuda. Anda boleh menaiki kuda dengan harga yang berpatutan sekali. Pantai ini sebenarnya sama seperti pantai-pantai yang lain iaitu mengalami hakisan pantai. Untuk menyelesaikan masalah ini, kerajaan negeri telah menambak pantai tersebut bagi mengelakkan berlakunya hakisan pantai yang teruk. Hasilnya pantai ini semakin digemari oleh pengunjung sekitar negeri ini.


model cilikku sangat gembira berada di sini


saya suka gambar ini, nampak tenang sangat bila berada di sini


terdapat juga tapak pasar minggu berhampiran pantai ini...kelihatan deretan pokok-pokok ru yang menambahkan keindahan pantai di sini


Selain daripada itu, laluan baru turut dibina di sekeliling tepi laut di kawasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Jalan ini menjadi satu jalan alternatif untuk ke bandar bagi mengelakkan kesesakan jalan utama. Di kawasan pantai ini, terdapat deretan kedai yang menjual makanan yang kebiasaannya menjadi kegemaran keluarga kami seperti sotong celup tepung, ikan celup tepung, keropok lekor, pulut bakar, air kelapa dan bermacam-macam lagi. Mungkin selepas hari raya Aidilfitri nanti saya akan cuba memasukkan artikel tentang kedai tersebut.



Tidak rugi jika anda singgah ke sini semasa bercuti di negeri Terengganu kerana berbaloi-baloi yang anda akan dapat.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails