Anda mempunyai akaun blogger?

Monday, September 13, 2010

MASJID ABIDIN KUALA TERENGGANU - MASJID PUTIH

Semasa lawatan saya dan anak-anak di Bukit Puteri lagi kami dapat melihat bangunan putih yang cantik dan berkubah dari atas bukit tersebut. Semestinya dapat kami teka bangunan tersebut ialah sebuah masjid yang dipanggil “Masjid Putih” atau nama yang sebenar ialan Masjid Abidin Kuala Terengganu.


Selepas lawatan ke Bukit Puteri dan melalui perkarangan Istana Maziah, masjid ini akan anda dapat dilihat selepasnya. Sebelum sampai di masjid ini, saya cuba mengambil beberapa gambar yang dirasakan sesuai dan cantik dimasukkan ke dalam blog pada kali ini.


Masjid putih yang dapat dilihat dari atas Bukit Puteri


kelihatan putih dan berseri Masjid Putih ini bersesuaian dengan namanya


Kelihatan beberapa kubah Masjid Putih


jalan raya di hadapan masjid yang sentiasa sibuk dengan kenderaan


Daripada bacaan saya di dalan blog yang beralamat di http://rusdi-hitamputih.blogspot.com/2009/09/masjid-abidin-kuala-terengganu.html , beberapa sejarah masjid ini diungkaikan. Masjid ini dibina oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin II (juga dikenali sebagai Marhum Masjid) di antara tahun 1793 - 1808. Asal usul pembinaan adalah daripada kayu namun pada masa pemerintahan Al-Marhum Sultan Umar (dikenali Marhum Baginda), kira-kira pada tahun 1852, bangunan masjid ini telah digantikan dengan bangunan yang diperbuat dari batu.


Sekali lagi masjid ini melalui pengubahsuaian pada tahun 1981 pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, masjid ini diperbesarkan bagi menampung jemaah yang semakin bertambah. Selain daripada pembaikan ini, tiang-tiang batu bulat turut dibina dan tiga buah menara dinaikkan.


Pembesaran masjid sekali lagi dilakukan pada masa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada tahun 1972, ianya diperbesarkan demi menampung sejumlah 2,500 orang jemaah. Turut didirikan sebuah menara yang tinggi dan beberapa buah kubah di atas sutoh bangunan Masjid Abidin. Keistimewaan masjid ini ialah terdapatnya seni ukiran Khat Al-Qur'an, doa-doa dan awan larat yang dipasang di atas pintu dan sisi masjid. Selain daripada itu, terdapat juga sebuah mimbar berukiran yang unik di dalam masjid ini.


Pada awal pembinaan masjid ini, tiang seri atau tiang di tengah-tengah masjid masih belum dibina. Juga terdapat hanya sebuah kubah yang dibuat berasingan daipada kayu dan beratap kayu berlian, serta mempunyai 6 buah kolah sahaja. Di dalam pemerintahan almarhum Sultan Zainal Abidin III, barulah binaan masjid ynag lama itu dibesarkan seperti keadaan sekarang. Sebelum tiang dibahagian tengah masjid ditambah, hanya terdapat dinding tembok diperbuat daripada simen, didirikan sutoh dan tiga menara sahaja.


Pada tahun 1881, Sultan Ahmad II ibni Yang Dipertua Muda Tengku Mahmud telah membangunkan kubah masjid ini bagi menggantikan kubah lama yang telah dibina pada masa pemrintahan Sultan Umar. Satu istiadat telah diadakan sempena upacara tersebut pada jam 7.00 pagi, Sabtu 1hb Jamadil Akhir 1298H (1881M). 16 das tembakan meriam menandakan rasminya penggunaan kubah baru di masjid ini.


kawasan masjid yang luas dan lapang


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails