Semasa berada di Bazaar Warisan baru-baru ini, saya sempat singgah ke kedai kraftangan Batrisha Craft. Kedainya terletak di tingkat dua dan satu-satunya kedai yang menjual kraftangan di bangunan ini. Kedai ini pasti sering menjadi tumpuan kerana kedainya betul-betul berada hampir dengan tangga bergerak menuju ke Bukit Puteri.
Sebenarnya saya memang sukakan barangan kraftangan seperti ini yang boleh dijadikan sebagai kenangan jika pergi ke sesuatu tempat. Bersesuaian dengan negeri yang penuh kesenian dan kreatif, pastinya kraftangan yang dijual antaranya kerang-kerangan dan ukiran kayu menjadi rebutan kepada pelancong dari dalam negeri dan juga luar negeri.
kraftangan daripada kerang-kerangan pasti cantik jika digantung di dalam rumah
Pastinya anda tidak melepaskan peluang untuk membeli barang-barangan kraftangan seperti ini sebagai cenderamata untuk kenang-kenangan yang anda pernah ke negeri Terengganu. Dan bila melihat cenderamata tersebut pasti kita akan teringat kembali kenangan semasa berada di sini dan mengatakan yang Terengganu di hatiku serta berbaloi-baloi di Terengganu kita..
0 comments:
Post a Comment