papan tanda ke tandas tersebut
Setelah sampai ke situ, saya lihat bangunan tandas itu sememangnya cantik di samping landskap di kawasannya turut menarik. Kelihatan wakaf yang dibina dengan rekabentuk bangunan tradisional untuk para pengunjung beristirehat di sebelah tandas tersebut. Untuk masuk ke tandas ini, para pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM0.50.
wakaf yang disediakan di sebelah tandas tersebut
Peralatan di dalam tandas ini semuanya kelihatan seperti berada di dalam tandas sebuah hotel lima bintang. Kebersihan tandas ini turut dijaga dengan rapi oleh penjaga bangunan ini. Bagi saya berbaloi dengan bayaran RM0.50 jika perkhidmatan tandas yang bersih dan seperti berada di dalam tandas hotel lima bintang seperti itu.
peralatan ala hotel bertaraf lima bintang
0 comments:
Post a Comment