Artikel kali ini saya ingin berkongsi satu tempat menarik yang boleh dijadikan sebagai satu destinasi percutian keluarga. Tempat yang saya maksudkan ialah Taman Bandar Teluk Gadung yang terletak di dalam daerah Dungun dan berhampiran dengan kampus UITM cawangan Dungun. Taman ini menarik sekali kerana di kawasan taman ini terdapat sebuah pantai yang popular di daerah ini yang dikenali sebagai Pantai Teluk Gadung dan bersebelahan dengan hutan lipur yang dikenali sebagai Hutan Lipur Tanjung Gadung. Selain pantainya yang bersih dan cantik, air tasik yang terletak di hujung kawasan taman ini turut menarik perhatian kepada semua pengunjung berada di kawasan ini.
Papan tanda ke Hutan Lipur Tanjung Gadung
Buat pengetahuan pembaca di luar, sebenarnya saya pun tidak pernah tahu kewujudan Taman Bandar Teluk Gadung ini walaupun kebiasaannya kerap juga saya melalui kawasan daerah Dungun. Kami singgah ke sini semasa dalam perjalanan ke bandar Dungun selepas ke Taman Rekreasi Teluk Bidara sebelum ini. Perjalananan untuk ke taman tersebut menarik sekali kerana sepanjang perjalanan ke taman tersebut kami dihidangkan dengan pemandangan yang menarik sekali dan udara yang nyaman dari pantai.
amat indah pemandangan di sini
pemandangan yang indah disamping beberapa wakaf yang dibina untuk tempat berehat
video sepanjang perjalanan di tepi pantai ke Taman Bandar Teluk Gadung
Di kawasan taman ini terdapat banyak kemudahan, antaranya kedai makan, taman permainan, surau, wakaf tempat duduk, tempat letak kenderaan dan bersebelahan kampus UITM cawangan Dungun ini terdapat juga Hotel UITM. Pada pandangan saya, tempat ini boleh dijadikan tempat pelancongan yang terkenal kerana kemudahannya yang lengkap dan persekitarannya turut menarik sekali.
antara gambar yang menarik perhatian saya
gambar ini turut menjadi antara gambar yang paling cantik yang pernah saya ambil
banyak tempat duduk yang dibina di sini
Selain daripada menikmati keindahan pantai, terdapat juga pengunjung yang datang ke sini untuk melakukan aktiviti memancing. Semasa kami singgah ke sini, terdapat beberapa pengunjung sedang mengail di tepi tasik di kawasan taman ini. Bersebelahan tasik tersebut adalah terdapatnya hutan yang dikenali Hutan Lipur Tanjung Gadung.
model cilikku bergambar di tepi tasik dan bersebelahan dengan hutan lipur
0 comments:
Post a Comment