Artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan tarian tradisi negeri Terengganu yang tersohor di seluruh Malaysia iaitu Ulek Mayang. Saya masih ingat lagi semasa bersekolah rendah dahulu, saya dan kawan-kawan telah berlatih berhari-hari untuk membuat mempersembahan tarian ulek mayang sempena hari guru. Memang menyeronokkan kerana disamping dapat menyanyikan tarian ulek mayang, diiringi pula dengan lagu yang amat merdu iaitu lagu Ulek Mayang serta berpakaian bak seorang puteri.
gambaran pemujaan Tuan Puteri Tujuh Beradik dalam tarian ulek mayang
Kini, Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa mencampur adukkan unsur khurafat dalam bacaan mantera. Malah, persembahan hanya berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit. Ulek Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati seorang lelaki yang terkena sampuk. Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk.
Mengikut catatan sejarah yang saya baca di dalam beberapa laman web tentang tarian ini, tujuh puteri itu berasal dari Bukit Puteri yang sentiasa menjadi tumpuan orang kampung untuk meminta bantuan mengubati orang sakit melalui jampi, seru dan mantera. Ulek Mayang yang ada pada hari ini sudah mengalami perubahan termasuk menghapuskan unsur khurafat.
Kini, persembahan Ulek Mayang yang dimainkan sekadar untuk suka-suka saja, di mana ia melambangkan suatu pemujaan mendalam terhadap Tuan Puteri Tujuh beradik. Persembahan dimulakan dengan membaca doa dan membangkitkan asal Mayang. Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu. Doa dan 'bangkitan' dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.
0 comments:
Post a Comment