Anda mempunyai akaun blogger?

Wednesday, September 1, 2010

TERPUKAU DENGAN KEINDAHAN PANTAI DI TAMAN REKREASI PANTAI TELUK BIDARA

Perjalanan balik dari Kuala Terengganu ke Kuantan baru-baru ini adalah pengalaman paling bermakna sekali bagi kami sekeluarga. Apa tidaknya beberapa tempat dan pantai yang belum kami jejaki telah berjaya dilakukan hanya dalam masa sehari.

Semasa kami sampai ke bandar Dungun ini, kami dapat melihat papan tanda ke Pantai Tanjung Jara. Apa lagi bagai pucuk dicita ulam mendatang, inilah antara tempat menarik yang kami cari-cari. Dalam masa 5 minit kami mengikut arah papan tanda tersebut dan apa yang kami jumpai ialah Tanjung Jara Resort yang cantik landskapnya dan pada pendapat saya berbaloi jika dapat menginap di sini. Mungkin lain kali jika ada rezeki bolehlah kami singgah ke sini lagi untuk bermalam pula di kawasan peranginan ini.


Selepas melewati Tanjung Jara Resort tersebut, kami terjumpa pula papan tanda ke Taman Rekreasi Pantai Teluk Bidara. Bagai disorongkan bantal, kami menukar fikiran pula untuk ke pantai tersebut pula setelah Pantai Tanjung Jara tidak dapat kami jejaki.


papan tanda ke Taman Rekreasi Pantai Teluk Bidara


Selepas melewati perkampungan nelayan di sini, dipenghujungnya kami dapat melihat tempat yang dimaksudkan melalui tugu tandanya. Memang cantik dan indah sekali sehinggakan tidak terkata-kata apabila keluar dari kereta menuju ke arah pantainya. Pantainya yang kebiru-biruan, pasirnya yang putih dan amat bersih sekali serta mempersonakan juga menenangkan fikiran kepada sesiapapun yang berada di sini.


pemandangan yang indah sekali dari atas bukit


terpukau dengan kecantikan pantai ini


Semasa kami tiba di sini, tidak ramai pengunjung hanya kami sekeluarga dan beberapa pengail sedang mencuba nasib mengail di sini. Pada pandangan saya yang Taman Rekreasi Pantai Teluk Bidara ini baru sahaja dibangunkan oleh pihak Majlis Perbandaran Dungun dengan membina beberapa wakaf, taman permainan, jalan yang berbatu untuk ke pantai,landskapnya yang cantik, surau dan tandas awam turut disediakan. Memang tak rugi jika anda singgah ke pantai ini untuk berehat bersama keluarga atau untuk mandi-manda di pesisir pantainya.


pengunjung yang sedang mengail di sini


antara kemudahan yang dibina di sini


Di bawah adalah beberapa gambar yang betul-betul menarik perhatian saya yang diambil menggunakan telefon Nokia E71 kesayangan yang dihadiahkan oleh suami sempena anniversary tahun lepas disebabkan kamera yang telah kehabisan bateri.


lorong jalan yang dibina untuk kemudahan pengunjung



wakaf yang dibina di atas bukit


pemandangan indah dari atas bukit


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails