Lepas mengambil adik dari SMK Lepar Hilir tengahari tadi kerana ada peperiksaan Mtest di situ, kami terus bergerak ke Kemaman untuk ke Kedai Che Wan Geliga, Kemaman. Lama juga tak ke sana, selepas baca balik artikel tentang satar di situ rindu la pula ngan otak-otak, satar dan paisnya. Kebetulan suami pun ada di rumah kerana bercuti di hujung minggu. Kedai Otak-Otak Che Wan ini terletak di Kg Geliga iaitu laluan ke Pantai Teluk Mak Nik dan anda akan temui kedai ini adalah terletak sebelum Sekolah Rendah Seri Geliga di sebelah kiri anda (jika dari arah Kuantan).
otak-otak...isinya ikan tenggiri yang segar..
pais..ikan selar kuning yang disalut rempah otak-otak dan di kukus dengan daun pisang...sedap cubalah rasa...
inilah satanya....isi ikan yang digaul dengan kelapa dan cili hijau serta dibalut dengan daun pisang seterusnya dibakar...
Mungkin masa kami sampai di kedai ini dalam lingkungan jam 3.00 petang dan kedai baru sahaja dibuka, jadi orang taklah terlalu ramai seperti yang biasa kami datang ke sini. Jadi selesa pula jika nak ambil gambar dengan sesuka hati, apa taknya nanti mereka kata kami ni orang yang tak pernah jumpa makanan ni la pula. Tidak sampai 5 minit selepas menempah minuman dan air, semua makanan terhidang atas meja. Apa lagi dengan cepat kami menghabiskan semua makanan tanpa meninggalkan apa-apa kecuali kulitnya. Itu menunjukkan makanannya sedap sangat sampai menjilat jari bak iklan ayam kfc pula.
sedapnya....
best..
tinggal hanya kulitnya sahaja.... Selepas habis makan dan membayar, kami terus bergerak ke masjid yang berdekatan untuk solat Zohor dan seterusnya bergerak ke Kuantan pula. Tambahan pula kami kena cepat sampai di rumah, malam ini anak saya ada majlis konvo untuk tadikanya.
Jika anda nak menempah makanan ini, bolehlah anda menelefon nombor di bawah :
Alias (013-9873557 begin_of_the_skype_highlighting 013-9873557 end_of_the_skype_highlighting)
Along (019-9007442)
1 comments:
sedap nya... thanks for coming my family's restaurant :)
Post a Comment