Di dalam festival ini, banyak pameran barangan seperti songket, batik, kraftangan dan juga makanan tradisional yang diusahakan oleh usahawan-usahawan bumiputera. Saya amat tertarik sekali dengan tenunan songket oleh seorang wanita yang diletakkan di permulaan gerai di pameran di sini. Selain daripada itu terdapat juga gerai cara menganyam barangan tikar atau pelbagai barangan kraf, cara mencanting batek, cara membuat wau, dan juga jualan batek serta beberapa barangan makanan ringan yang diusahakan oleh usahawan bumiputera.
cara mencanting batek
cara anyaman barangan kraf dari rotan
pameran baju batek @ sutera Terengganu
FESBAK 2010 seumpama ini adalah bersesuaian untuk memperkenalkan produk usahawan Terengganu kepada pengunjung yang berkunjung ke sini. Festival ini sesuai diadakan bersama-sama dengan program Monsoon Cup yang sedang berlangsung bermula 30hb November hingga 5hb Disember 2010. Iaitu di mana pengunjung yang datang dari seluruh negara untuk menyaksikan pertandingan kapal layar di Monson Cup akan turut singgah ke pameran seumpana ini.
Maka objektif utama festival selama dua minggu iaitu bertujuan merealisasikan peranan industri kraf sebagai pemangkin pembangunan ekonomi dan sosioekonomi negeri dan negara akan tercapai. Selain itu daripada itu juga, ia turut dapat memberi peluang kepada usahawan dan pengusaha industri kraf mempromosi dan mengetengahkan produk mereka kepada masyarakat umum selain peluang mencari rakan niaga.
* Laman web Monsoon Cup
* artikel sebelum ini tentang FESBAK 2010
2 comments:
waa..memang nak pergi, tp jauh sgtlah..
x pa tahun dpn ada lagi event mcm ni.
Post a Comment