Anda mempunyai akaun blogger?
Showing posts with label Satar dan Otak-otak. Show all posts
Showing posts with label Satar dan Otak-otak. Show all posts

Tuesday, July 13, 2010

MAKAN SATAR, OTAK-OTAK DAN PAIS DI WARUNG OTAK-OTAK CHE WAN - KEMAMAN

Artikel hari ini saya nak berkongsi keenakan satar, otak-otak dan pais di Warung Otak-Otak Che Wan, Kemaman. Sebenarnya bukan sekali dua saya telah ke sini, tetapi boleh dikatakan sebulan pasti sekali saya akan ke sana. Jika anda ingin ke sini perlu masuk ke kawasan Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman, Terengganu. Anda akan nampak deretan kedai yang penuh dengan kereta itulah kedainya.


Pada hari sabtu yang lepas kami singgah ke Warung Otak- Otak Che Wan selepas menikmati udara pantai di Pantai Teluk Mak Nik. Kami tiba di kedai seawal jam 2.30 petang. Seperti biasa kedai tersebut penuh dengan pengunjungnya dan meja pun ada dua yang masih kosong itupun dah ke belakang. Kadang-kadang lucu juga, saya suruh suami pergi "cop" awal-awal meja takut tak dapat meja pula nanti.



abang cepat sikit g "cop" meja tu...nanti penuh....


senarai harga makanan di kedai Che Wan


satar yang telah siap dibakar...



gambar yang kurang cantik...masih panas lagi satar ni....


inilah satar...sedap sangat jika di makan semasa masih panas..

inilah isi ikan di dalam daun kelapa ni...yang dipanggil otak-otak..


inilah pais....ikan selar kuning yang dikukus bersama rempah otak-otak di dalam daun pisang...


Kebiasaannya jika suami ada kerja di Kemaman, saya akan memesan satar dan otak-otak dari sini. Rasanya lain sikit daripada otak-otak di tempat lain kerana isi ikannya yang segar dan lembap. Jika otak-otak yang biasa saya jumpa di tempat lain kering dan kadang-kadang isi ikannya kurang segar dan ada juga yang berbau seperti ikan yang lama.


Jika anda ingin ke kedai ini pastikan tidak terlalu awal dan tidak telalu lewat. Saya biasa akan ke kedai ini jam 2.00 - 3.00 petang sahaja. Kalau terlewat 3.00 petang ke atas, alamat semuanya habis pastinya datang ke sini dengan sia-sia. Tetapi jangan risau deretan di kedai-kedai lain yang menghala ke Kuala Kemaman masih ada jika anda ingin lepaskan keinginan untuk makan satar, otak-otak dan pais.



Sebenarnya Warung Otak-Otak Che Wan ini telah terkenal di seluruh negara kita, berbangga pula saya sebagai peminat otak-otak, satar dan pais kedai ini.


Share
Related Posts with Thumbnails