Kedai Sate Mastura ini terletak kira-kira 80 kilometer dari bandar raya Kuala Terengganu, pengunjung hanya perlu mengambil masa selama satu jam untuk ke kawasan tersebut. Klik di sini untuk melihat lokasi tempat dan link ke google maps.
Mungkin sate di sini lain daripada lain kerana cara buatan kuah kacangnya yang berbeza daripada tempat lain. Selain daripada itu, kuah sate di kedai ini turut disediakan bersama-sama dengan cili kerana mungkin ada pelanggan yang sukakan kuah kacang yang pedas sedikit.
bersama dengan pengurus kedai sate jabi....Pn. Ramlah bt Dollah..Menurutnya, setiap kali cuti sekolah atau cuti umum, gerainya akan dipenuhi pelanggan tidak kira penduduk tempatan mahupun dari luar. Tambahan pula, mereka tidak menerima sebarang tempahan ketika bulan puasa mahupun hari raya bagi meluangkan masa bersama keluarga dan beribadat.
Share





