Anda mempunyai akaun blogger?

Monday, September 13, 2010

JETI MERANG - HUB KE PULAU REDANG DAN PULAU LANG TENGAH

Perjalanan kami sekeluarga untuk pulang dari kampung di Kelantan untuk ke Kuantan pasti melalui persimpangan tiga – Jeti Merang – Setiu. Jeti ini terletak di pekan kecil Merang, jeti ini juga merupakan satu pintu masuk utama pelancong ke Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah.


Kebiasaannya kami hanya membaca papan tanda ke Jeti Merang sahaja dan tidak pula bertujuan untuk menyinggah ke sana, tetapi kali ini kami cuba untuk pergi ke sana untuk melihat suasana di jeti tersebut untuk berkongsi dengan pembaca blog ini.
Semasa kami sampai ke sini kelihatan beberapa bas pesiaran yang membawa pelancong ke sini. Di bahu jalan di sini juga terdapat kedai-kedai yang menjual cenderamata untuk para pengunjung yang berkunjung ke sini.

antara gerai cenderamata yang ada di sini


kapal 'LAGUNA REDANG" salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan ke Pulau Redang


pemandangan dari atas jeti


terdapat juga sampan kecil di sini


beberapa pelancong asing yang baru sampai dari pulau


antara pelancong yang sedang menunggu untuk menaiki bot ke pulau


antara bot-bot yang ada di sini


pelancong yang baru samapi ke jeti dari percutian di Pulau Redang atau Pulau Lang Tengah



Di kawasan jeti ini juga turut disediakan tempat letak kereta untuk pengunjung yang membawa kereta sendiri. Selain daripada itu, di sini juga terdapat pejabat Jabatan Laut yang mengawal bot-bot atau kapal dari jeti ke Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah.


antara perkhidmatan yang ada di jeti ini


Suasana di jeti ini sungguh unik kerana suasananya yang kelihatan semulajadi dan tanpa gangguan pembangunan yang pesat seperti di Jeti Syahbandar dan Jeti Kuala Besut. Bila berada di sini, terasa amat mendamaikan kerana dapat melihat pemandangan indah kawasan jeti yang penuh dengan bot-bot dan berlatarkan pohon bakau.




1 comments:

blackyellow said...

Slm sejahtera..
Saya seorang runner pekej bercuti ke pulau dn tasik di terengganu
Sesiapa yang berminat sila hubungi/whatsaap saya.0179799773
Atau lawat blog saya di..blackyellowholiday.blogspot.com

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails