gambar yang paling indah yang dapat diambil dari atas jambatan Dungun
pemandangan jambatan dungun
Semasa melalui jambatan ini, saya sempat merakamkan pemandangan Kuala Dungun dari jambatan ini. Selain sebagai alat perhubungan, melalui jambatan ini orang ramai dapat melihat pemandangan yang cantik sepanjang sungai dan Kuala Dungun. Dari atas jambatan ini, anda boleh melihat banyak kapal-kapal yang sedang berlabuh di kawasan Kuala Dungun. Selain daripada itu, dari atas jambatan ini juga turut kelihatan Pasar Besar Dungun.
kelihatan pasar besar Dungun dan beberapa bangunan di Kuala Dungun dan kelihatan kapal sedang bergerak di Sungai Dungun
Jadi jika anda berkunjung ke negeri Terengganu, tidak rugi anda datang berkunjung ke daerah Dungun. Selain daripada pantainya yang cantik, sejarah Bukit Besi dan lain-lain malah anda akan dapat melihat pemandangan yang indah serta memukau kepada sesiapa sahaja ke sini.
antara keindahan yang dapat dilihat dari atas jambatan
0 comments:
Post a Comment