Kebiasaannya kami hanya membaca papan tanda ke Jeti Merang sahaja dan tidak pula bertujuan untuk menyinggah ke sana, tetapi kali ini kami cuba untuk pergi ke sana untuk melihat suasana di jeti tersebut untuk berkongsi dengan pembaca blog ini. Semasa kami sampai ke sini kelihatan beberapa bas pesiaran yang membawa pelancong ke sini. Di bahu jalan di sini juga terdapat kedai-kedai yang menjual cenderamata untuk para pengunjung yang berkunjung ke sini.
Di kawasan jeti ini juga turut disediakan tempat letak kereta untuk pengunjung yang membawa kereta sendiri. Selain daripada itu, di sini juga terdapat pejabat Jabatan Laut yang mengawal bot-bot atau kapal dari jeti ke Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah.
Suasana di jeti ini sungguh unik kerana suasananya yang kelihatan semulajadi dan tanpa gangguan pembangunan yang pesat seperti di Jeti Syahbandar dan Jeti Kuala Besut. Bila berada di sini, terasa amat mendamaikan kerana dapat melihat pemandangan indah kawasan jeti yang penuh dengan bot-bot dan berlatarkan pohon bakau.
1 comments:
Slm sejahtera..
Saya seorang runner pekej bercuti ke pulau dn tasik di terengganu
Sesiapa yang berminat sila hubungi/whatsaap saya.0179799773
Atau lawat blog saya di..blackyellowholiday.blogspot.com
Post a Comment