Anda mempunyai akaun blogger?

Thursday, July 15, 2010

PERTANDINGAN PENGISAHAN KENEGARAAN 1MALAYSIA

Program ini akan diadakan pada 16 Julai 2010 (Separuh Akhir) dan pada 17 Julai 2010 (Peringkat Akhir) di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Perasmi untuk program untuk program ini ialah YAB Dato' Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu. Program ini diadakan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan negara kita yang akan berlangsung tidak lama lagi.



banner untuk promosi program ini


Program seumpama ini sebenarnya dapat membuka mata generasi muda akan kesusahan generasi terdahulu yang membawa kepada kemerdekaan negara.
Tema hari kemerdekaan pada tahun ini ialah "1Malaysia Menjana Transformasi".


Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada tahun ini negara kita akan menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-53.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails