Anda mempunyai akaun blogger?

Tuesday, August 31, 2010

KEINDAHAN PANTAI AIR TAWAR, BESUT

Perjalanan kami sekeluarga dari negeri Kelantan ke Kuala Terengganu pada minggu lepas tidak disia-siakan begitu sahaja. Kami singgah di beberapa tempat yang menarik yang boleh dijadikan bahan untuk dimasukkan ke dalam blog ini. Antara kunjungan yang kami lakukan antaranya ialah ke Pantai Air Tawar. Pantai Air Tawar ini terletak di dalam daerah Besut dan terletak berhampiran dengan Bukit Keluang. Jika anda berada di pantai ini, anda akan dapat melihat...

MEMEGANG DAN BERGAMBAR BERSAMA GAJAH DI SANTUARI GAJAH SG KETIAR

Santuari Gajah Sungai Ketiar merupakan satu tarikan baru bagi kawasan Hulu Terengganu khususnya Daerah Kuala Berang. Lokasinya terletak di laluan Kuala Berang–Gua Musang dan terletak 56km daripada Jeti Pengkalan Gawi. Kami sekeluarga singgah di sini selepas singgah di Jeti Pengkalan Gawi semasa perjalanan balik ke kampung halaman di Gua Musang. Kebiasaannya kami hanya lalu sahaja di kawasan ini kerana disebabkan kekangan masa untuk mengejar masa...

Monday, August 30, 2010

TARIKAN KEINDAHAN DI PANTAI PANDAK,CENDERING

Kami sekeluarga singgah sebentar di Pantai Pandak, Cendering semasa perjalanan balik ke Kuantan. Sebenarnya ini adalah kali pertama kami singgah ke sini walaupun biasa melihat papan tanda Pantai Pandak dari jalan utama Kuala Terengganu ke Kuantan.papan tanda ke Pantai Pandak dari jalan utama Kuala Terengganu ke Kuantan Sampai sahaja di pantai ini, hati saya amat girang sekali apabila melihat keindahan pantainya yang berbentuk berbentuk U yang...

Sunday, August 29, 2010

MENIKMATI PEMANDANGAN YANG INDAH DI WATERFRONT BALIK BUKIT

Kali ini saya ingin berkongsi dengan pengunjung blog tentang pemandangan cantik di Waterfront Balik Bukit, Kuala Terengganu. Kebiasaannya pengunjung suka datang ke sini untuk menikmati makanan di gerai makanan yang terletak berhampiran dengan tepi muara sungai Terengganu serta menikmati sinaran cahaya lampu di sekitar kawasan ini. Sebenarnya tempat ini akan lebih hidup atau perkataan lain ialah meriah pada waktu malamnya berbanding dengan...

PANORAMA YANG MEMPERSONAKAN DI TASIK KENYIR

Kami sekeluarga singgah di Tasik Kenyir, Terengganu semasa perjalanan ke Gua Musang dua hari yang lepas . Tasik Kenyir terletak kira-kira 55 km dari Kuala Terengganu. Kami sekeluarga biasa melalui kawasan ini jika pulang ke kampung, tetapi inilah kali pertama kami singgah ke sini. Dari atas jalan raya keindahan tasiknya tidak dapat dipertikaikan kerana dengan warna airnya yang kebiru-biruan dan beberapa pulau yang turut kelihatan memberikan satu...

Saturday, August 28, 2010

KEINDAHAN PULAU TENGGOL UMPAMA SYURGA KEPADA PENGGEMAR MENYELAM

Perkongsian maklumat pada hari ini ialah tentang sebuah pulau yang terkenal di Terengganu iaitu Pulau Tenggol. Pulau Tenggol adalah terletak hanya 45 minit dari Kuala Dungun di selatan Terengganu. Pulaunya yang hanya sebluar 2 – 3 km sahaja lebarnya, tetapi ianya adalah sebuah pulau yang cantik dan indah bagi penggemar penyelam. Sebahagian dari pulau ini dipenuhi dengan curam dan tebing berbatu. Lokasinya di perairan Laut China Selatan dan terdedah...

Friday, August 27, 2010

PERKONGSIAN MAKLUMAT TENTANG PULAU LANG TENGAH

Artikel kali ini saya ingin berkongsi maklumat dengan pengujung tentang Pulau Lang Tengah. Saya mencari maklumat-maklumat di dalam blog http://www.malaysiavacationguide.com sebagai sebuah maklumat yang boleh kutip untuk perkongsian. Mungkin jika ada rezeki bolehlah saya ke sini bersama-sama keluarga pada masa akan datang. Pulau Lang Tengah adalah salah satu pulau di bawah Taman Laut Redang di Pantai Timur Semenanjung Malaysia - Terengganu....

Thursday, August 26, 2010

MELAWAT MONUMEN MASJID DI TAMAN MONUMEN - TAMAN TAMADUN ISLAM

Lawatan kami sekeluarga ke Taman Monumen di Taman Tamadun Islam pada bulan lepas amat bermakna sekali. Hasil daripada lawatan ke sini, kami dapat mengenali sebanyak 21 buah monumen Islam yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama yang global lagi sofistikated.Terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai...

Sunday, August 22, 2010

KEINDAHAN LAUTAN BIRU DI PANTAI RHU SEPULUH

Setiap kali kami sekeluarga melalui jalan pantai di sini, hati saya tertawan apabila berada di sini tatkala mata dijamu dengan keindahan lautan biru Pantai Rhu Sepuluh. Pantai Rhu Sepuluh adalah terletak di daerah Setiu dan ianya amat popular kerana berdekatan di jalan utama dari Terengganu ke negeri Kelantan dan dari Kelantan ke Terengganu. Pantai Rhu Sepuluh hanya 400 meter daripada Kampung Penarik dan berdekatan dengan Kem Seri Bari.papan tanda...

Saturday, August 21, 2010

PENGALAMAN MENAIKI BAS CAS LIGAS - BAS BANDAR

Pengalaman kami sekeluarga menaiki bas cas ligas untuk bergerak dari Taman Tamadun Islam ke Muzium Negeri Terengganu pada bulan lepas amat menarik sekali. Kebiasaannya kami hanya melihat bas ini menyusuri jalan raya di dalam bandar Kuala Terengganu dan tidak pernah cuba untuk naik. Kebetulan pula Muzium Negeri Terengganu berada dalam laluan perkhidmatannya, kami mengambil peluang sebagai pengalaman kali pertama menaikinya untuk ke Muzium Negeri...
Related Posts with Thumbnails