Anda mempunyai akaun blogger?

Tuesday, July 13, 2010

MENGHIRUP UDARA PANTAI TELUK MAK NIK

Peluang berada seharian di Kemaman pada hari Sabtu yang lepas, telah digunakan sepenuhnya untuk menjelajah ke seluruh tempat-tempat yang menarik di situ. Tidak terkecuali Pantai Teluk Mak Nik yang selalu disebut-sebut sebagai D'Monica Bay.


Pantai ini berhadapan dengan bangunan INTAN yang sering penjawat-penjawat awam berkursus ke sini. Pantai ini amat sesuai sekali untuk aktiviti perkelahan sambil melepaskan keletihan bekerja atau untuk beristirehat. Terdapat juga aktiviti memancing disini kerana pantainya yang berteluk menjadi syurga kepada penggemar pancing.




Papan tanda Pantai Teluk Mak Nik


Jika lihat daripada papan tanda pantai ini, penyu akan singgah ke pantai ini untuk bertelur. Daripada bacaan saya di internet, spesis yang biasanya datang ke sini adalah penyu agar ataupun Green Turtle kata saintifiknya. Musim penyu naik bertelur di sini adalah antara Mac hingga Oktober. Jadi buat masa ini, dikira di Pantai Teluk Manik adalah mengalu-alukan kehadiran penyu untuk bertelur di sini.


pokok-pokok yang nampak tersusun dan mendamaikan sesiapa yang berada di sini


pemandangan yang cantik....pokok-pokok di tepi pantai ni memang mencantikkan Pantai Teluk Mak Nik


Daripada pantai ini kelihatan banyak kapal-kapal sedang berlabuh di pelabuhan kapal di tepi Pantai Marina. Anak-anak saya yang paling suka bermain di pantai, tambahan pula semasa kami tiba di pantai ini ramai pengunjung sedang mengail dan nampak sungguh meriah suasana tersebut. Di sekitar kawasan pantai ini turut menyediakan kemudahan asas seperti tandas, permainan kanak dan kedai-kedai makan. Selain daripada itu juga jika pengunjung ingin bermalam di sini terdapat chalet yang berhampiran.



anak-anaklah yang biasa suka bermain di tepi pantai...


ramai pengunjung mengambil peluang untuk memancing


Share

Monday, July 12, 2010

TAMAN REKREASI BAKAU TINGGI

Kali ini saya ingin berkongsi kepada pengunjung blog ini tentang Taman Rekreasi Bakau Tinggi yang terletak di tepi jalan raya ke Kuala Terengganu. Saya sempat singgah sebentar di sni semasa ziarah saya ke tempat-tempat menarik di Kemaman. Jika dari bandar Kemaman ke Kuala Terengganu akan terus berjumpa taman ini di sebelah kiri anda. Tetapi jika datang dari arah Kuala Terengganu, anda perlu membuat pusingan U terlebih dahulu.



penanda ke Taman Rekreasi Bakau Tinggi


siap ada gambar ketam...memang ramai nelayan sedang jual ketam masa saya singgah ke sini


Buat pengetahuan pengunjung, di Malaysia hutan paya bakau menjadi tumpuan utama kerana aspek perlindungan daripada hakisan dan habitat semula jadi pelbagai spesies hidupan. Selain daripada itu juga, hutan paya bakau mempunyai sumbangan yang besar kepada pelestarian alam semula jadi dan habitat pelbagai hidupan liar.


Pokok paya bakau adalah salah satunya tumbuhan darat yang mampu hidup lama dalam air masin. Ia melindungi pesisir daripada kuasa fizikal seperti ombak yang menghakis pinggir pantai dan angin pantai yang kencang. Bakau juga menjadi habitat kera serta beberapa spesies ketam kecil.


Semasa saya berada di Taman Rekreasi Bakau Tinggi ini, beberapa nelayan yang balik dari mencari ketam sedang menjual hasil tangkapan di pondok berhampiran taman ini. Sebenarnya semasa kami ke sini, pintu untuk masuk ke hutan paya bakau ditutup mungkin proses mencantikkan atau pemuliharaan hutan tersebut. Mungkin dalam masa beberapa minggu atau bulan pintu masuk ke hutan itu akan dibuka. Semoga ziarah saya pada masa akan datang, pintu masuk ke dalam hutan paya bakau tinggi ini akan dibuka semula.


pintu masuk ke hutan paya bakau


Pengunjung boleh berjalan-jalan untuk menikmati keindahan paya bakau


akar pokok paya bakau


Buat pengetahuan pembaca, hutan paya bakau menyerap jumlah karbon dioksida yang tinggi untuk memastikan kesinambungan kehidupan manusia iaitu sebanyak 1.5 tan karbon dioksida bagi setiap 1,000 hektar hutan paya bakau setahun.

Share

KEMBARA BERMOTOSIKAL - BELIA NEGERI TERENGGANU

Semasa saya berada di Kemaman pada Majlis Pentauliahan Guru Silat di Taman Bandar Cukai, saya terlihat banner tentang satu program anjuran Belia Negeri Terengganu. Program tersebut ialah KEMBARA BELIA NEGERI TERENGGANU yang akan akan bermula pada 21 hingga 25 Julai 2010.



Kembara bermotosikal ini akan bermula dari UITM Dungun/ Batu Burok (22-23 Julai), seterusnya akan bergerak ke Bandar Kuala Berang (23-24 Julai) dan akhir sekali di Taman Bandar Cukai (24-25 Julai ).


banting yang dipasang di Taman Bandar Cukai


Kerajaan Negeri Terengganu dan badan-badan kerajaan selalu menganjurkan pelbagai program untuk rakyat Terengganu. Program seumpama ini adalah salah satu program yang mana dapat menjadi tarikan pelancong dari luar ke negeri ini.



Share

Sunday, July 11, 2010

MAJLIS PENTAULIHAN GURU SILAT DI TAMAN BANDAR CUKAI, KEMAMAN

Dalam perjalanan untuk ke Masjid Kemaman pada 10hb Julai (Sabtu), saya sempat melihat aktiviti yang sedang dilakukan di Taman Bandar Cukai, Kemaman. Taman ini adalah berhadapan dengan bangunan Majlis Perbandaran Kemaman.


Daripada banting yang digantung, saya dapat mengagak YAB Dato' Ahmad bin Said datang membuat lawatan kerja di sini. Mungkin saya belum terlewat kerana Majlis Pentauliahan kepada 87 orang guru silat di Padang Astaka yang terletak di taman ini sedang berlaku . Seramai 6000 lebih pesilat-pesilat dan pelajar-pelajar sekolah dari negeri Terengganu, Kelantan, Johor, Perak dan Pahang yang menghadiri majlis ini.


Sebenarnya aktiviti seperti ini adalah dapat menarik pelancong ke sini. Seni silat adalah salah satu daripada cabang kesenian di negeri ini. Kerajaan negeri Terengganu merancang untuk mengumpulkan semua tok guru seni persilatan Melayu di negeri itu untuk mendokumentasi ilmu seni pertahanan diri dalam usaha memastikan ia tidak pupus ditelan zaman
. Difahamkan di Terengganu terdapat sebanyak 145 buah persatuan perguruan persilatan yang berdaftar termasuk Silat Cekak Hanafi, Silat Gayong, dan Silat Cekak Malaysia. .


Mungkin artikel seterusnya saya akan berkongsi cerita tentang seni silat negeri ini pula
. InsyaALLAH..


taman bandar cukai yang luas dan banyak kemudahan menggamit pengunjung ke sini untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu


banting semasa aktiviti di Taman Bandar Cukai sedang berlaku


ramai pengunjung yang datang untuk menyertai program ini


bangunan Majlis Perbandaran Kemaman yang indah dan berhadapan dengan Taman Bandar Cukai


taman permainan adalah salah satu kemudahan yang terdapat di Taman Bandar Cukai


Taman Bandar Cukai adalah satu kawasan yang sesuai untuk dilakukan pelbagai aktiviti di sini. Kawasannya yang luas dan mempunyai pelbagai kemudahan serta ianya turut berhampiran dengan Masjid Kemaman.



Share

MAKAN TENGAHARI DI KEDAI ANIS SELERA KAMPUNG - KUALA KEMAMAN

Selepas ke Kawasan Rekreasi Telaga Simpul di Pantai Marina, kami singgah makan tengahari di kedai makan di Kuala Kemaman yang memang tersohor di sini. Jikalau nak ke kedai ini, kita perlu datang seawal jam 12.00 tengahari kerana lauk pauknya cepat habis kerana lauk pauknya yang segar dan murah.


Jika anda tidak biasa dengan kawasan di sini memang keliru di manakah letaknya kedai makan ini kerana kedainya tersorok dan tiada papan tanda. Tambahan pula kedainya memang tiada banner yang diletakkan di hadapan kedai, jika ditanya kepada empunya kedai barulah saya tahu kedai itu bernama Kedai makan Anis Selera Kampung walaupun dah berkali-kali makan di sini.

inilah kedai tersebut, tiada tanda nama...tapi sohor juga....


Untuk ke sini,anda perlu cari papan tanda kedai keropok yang menghala ke Kuala Kemaman seperti di bawah. Seterusnya ada pusing ke kiri dan terus ke arah Sungai Kemaman dan akhirnya di sebelah kanan anda itulah kedainya.


inilah tanda kedai keropok yang berhampiran dengan kedai makan tersebut



kedai ini hanya bersebelahan dengan Sungai Kemaman...makan sambil menikmati pemandangan di sini



lauknya yang pelbagai dan segar....em masa ini masih lagi jam 12.30 tengahari....



nampak tu....leka sungguh suami dan anak-anak makan...sedap sangat....semua sekali hanya RM20.50 je...masih ada yang tersorok lauk di sebelah kanan...



Share

MENZIARAHI TEMPAT BERSEJARAH - KAWASAN REKREASI TELAGA SIMPUL

Pada hari Sabtu yang lepas, kami sekeluarga sempat ke daerah Kemaman untuk melihat tempat-tempat yang menarik. Dan kali ini saya ingin berkongsi tentang sebuah tempat bersejarah yang terkenal iaitu Telaga simpul.


penunjuk arah ke Telaga Simpul di jalan utama di Kemaman (jika dari Kuantan)


penunjuk arah masuk ke Kawasan Rekreasi Telaga Simpul


Telaga simpul ini terletak di Pantai Marina dan telah diubahsuai menjadi satu tempat rekreasi yang dapat menarik pengunjung ke sini yang dinamakan Kawasan Rekreasi Telaga Simpul. Kawasan ini sebenarnya hanya 15 minit daripada Bandar Chukai. Jika dibandingkan dengan kunjungan ke sini setahun yang lepas,saya perhatikan kawasan rekreasi ini telah banyak berubah.


Antaranya banyak dibina dengan tempat-tempat duduk berbumbung dan permainan baru yang berbentuk kapal layar untuk menarik perhatian kanak-kanak. Selain daripada itu, kemudahan tandas dan kedai-kedai makan turut disediakan untuk keselesaan pengunjung.



pihak MPK telah mencantikkan Telaga Simpul dan membina pintu gerbang penanda "TELAGA SIMPUL"


cantik sungguh pemandangan di Kawasan Rekreasi Telaga Simpul ni...


tempat permainan kanak-kanak dan tempat duduk yang dapat menarik pengunjung ke sini



Sebenarnya saya pun tidak tahu apakah sebenarnya sejarah Telaga Simpul ini, tetapi setelah membaca tugunya barulah saya mengetahui kisah disebalik nama Telaga Simpul. Daripada tugu tersebut menyatakan :


" Telaga Simpul merupakan aliran air yang mengalir turun dari atas bukit dan bertakung. Takungan mata air ini telah digunakan oleh penduduk tempatan dan pelayar-pelayar yang singgah untuk mandi, membasuh dan juga bagi tujuan air minuman. Ia terletak di pinggir pantai Marina. Menurut cerita daripada orang-orang tua, kawasan tersebut pernah menjadi tempat kediaman makhluk halus yang mana penduduk tempatan pernah membuat urusan pinjam meminjam bahan-bahan tembikar untuk kenduri kendara.
Mengikut catatan Abdullah Munsyi dalam buku "Kisah pelayaran Abdullah Munsyi ke Kelantan" ada menyebut semasa pelayaran balik dari Kelantan, beliau telah singgah di suatu tempat di Kemaman iaitu Telaga Simpul untuk mengambil air minuman dan mandi manda. Semasa di Telaga Simpul beliau dan awak-awak yang mandi, setiap orang di situ dimestikan mengambil daun mengkuang yang tumbuh di sekitar itu dan menyimpulkannya kemudian diletakkan berhampiran telaga sekiranya gagal berbuat demikian mereka akan ditimpa bencana".

inilah tugu yang menceritakan sejarah TELAGA SIMPUL


Barulah saya sedar yang KEMAMAN mempunyai sejarahnya yang amat bernilai dan seharusnya dijaga dengan baik untuk tatapan generasi pada masa akan datang.


Share

Saturday, July 10, 2010

KEASLIAN KEINDAHAN KUALA DENDONG, TEMBILA, BESUT


Artikel kali ini saya ingin berkongsi tentang sebuah pantai yang menarik di kawasan Besut iaitu Pantai Kuala Dendong.
Saya pernah ke sini semasa ditugaskan untuk menjadi urusetia untuk program KeKas. Dari Kampung Raja, Besut dianggarkan n mengambil masa lebih kurang 20 hingga 30 minit untuk ke Kuala Dendong.



lihat pemandangan di belakang saya....cantik bukan?..pengunjung di belakang tu hanya ahli KeKAS sahaja....


bersama rakan yang bersama-sama ditugaskan sebagai urusetia KeKAS


Tempat ini memang sesuai untuk aktiviti perkhemahan, berkelah dan juga untuk aktiviti lasak kerana tempatnya amat bersih dan lapang serta berada jauh dari kawasan kampung. Selain daripada itu juga, terdapat bukit-bukit yang memang menarik untuk dilawati. Tempat ini sememangnya bersesuaian untuk aktiviti perkhemahan yang memerlukan aktiviti yang mencabar seperti jungle tracking dan treasure hunt.


bukitnya berlekuk-lekuk dan boleh dipanjat..


betapa bersihnya pantai di sini..


Share
Related Posts with Thumbnails