Anda mempunyai akaun blogger?

Friday, October 24, 2014

TERENGGANU TETAP DI HATIKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Ya ALLAH tiba-tiba hatiku amat rindu akan menjengah blog yang amat memberi satu memori dalam hidupku. Rindu dengan aktiviti melancong di Terengganu..tidak dinafikan walaupun tidak update blog ini, kami sekeluarga tetap ke negeri ini.        Hari ini tiba-tiba rindu pada Rantau Abang dan rasa seperti mahu kembali ke sana. Saya buka kembali entri tersebut dan copy gambar - gambar di dalamnya....

Tuesday, June 5, 2012

DUA HOMESTAY BARU AKAN DIBUKA DI TERENGGANU

Sebanyak dua lagi kawasan baru homestay di negeri ini akan didaftarkan di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia pada penghujung tahun ini. Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Mohd Sabri Zakaria berkata, dua kawasan tersebut itu ialah Felda Keruak di Besut sebanyak 19 peserta dan Persatuan Homestay Nelayan Kijal di Kemaman sebanyak 10 peserta Katanya, lawatan di kedua-dua kawasan tersebut akan diadakan dalam...

PGM MASTER TERENGGANU DI AWANA KIJAL

Kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Golf Terengganu akan menganjurkan Kejohanan Golf `PGM Terengganu Master 2012 bertempat di lapangan Awana Kijal Golf Beach & Spa Resort, Kemaman. Pengurus (Unit Promosi dan Pengurusan Acara) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Encik Nik Syahrom Nik Md Hashim, berkata kejohanan yang berlangsung selama enam hari dan bermula 23 Jun itu bakal disertai 144 peserta dari 23 negara. Antara negara...

Wednesday, May 2, 2012

PROMOSI PAKEJ CANDAT SOTONG TERENGGANU KE PERINGKAT GLOBAL

Aktiviti mencandat sotong di perairan negeri ini melalui pakej terancang akan dipromosikan ke peringkat antarabangsa sempena Tahun Melawat Terengganu 2013. Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Terengganu, Mohd. Nasir Kushairi berkata, aktiviti menarik yang menyajikan pengalaman unik itu tidak seharusnya disia-siakan untuk menarik pelancong. "Aktiviti tersebut akan dipromosikan di semua 44 pejabat Tourism...

Monday, March 26, 2012

5 PENERBANGAN SEMINGGU BERJAYA AIR DI PULAU REDANG

Berjaya Air Sdn. Bhd. menyambung semula perkhidmatan udara ke Pulau Redang dengan lima penerbangan seminggu menerusi Lapangan Terbang Subang di Selangor serta Lapangan Terbang Selatar dan Changi di Singapura. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Abdul Rahin Dato’ Mohd. Said berkata, syarikat berkenaan telah menyatakan komitmen untuk meneruskan penerbangan ke pulau peranginan itu setelah hampir...

Monday, January 30, 2012

LE TOUR DE LANGKAWI PROMOSI TERENGGANU DI 70 NEGARA

Perlumbaan jelajah berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) kini sudah menjadi satu jenama kepada acara berbasikal di rantau ini yang bakal memasuki edisi ke-17 bermula 24 Februari depan. Terengganu terus meniti kemasyhuran sebagai kuasa baru sukan negara apabila melakar sejarah sebagai negeri pertama menjadi tuan rumah siri penjelajahan berstatus dua hors pada kalendar perlumbaan Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI). Menteri Besar, Dato’ Seri...

Wednesday, November 9, 2011

RINDUNYA KEENAKAN MAKANAN DARI NEGERI TERENGGANU

Sudah hampir setahun blog ini bersawang kerana tiada bahan untuk dimasukkan tentang negeri Terengganu kita kerana penulis berada jauh di negeri di  bawah bayu buat masa ini. Walaupun begitu, penulis senantiasa membuka blog ini untuk mengimbau kembali kenangan semasa berada di negeri Terengganu. Walaupun berada jauh, negeri Terengganu tetap di hati saya dan keluarga. Ini kerana setiap kali suami bekerja ke semenanjung, pasti saya akan memesan...
Related Posts with Thumbnails