Anda mempunyai akaun blogger?

Sunday, September 26, 2010

MELAWAT KE KOMPLEKS KRAF NOOR ARFA (NACC)


Jika artikel sebelum ini saya pernah bercerita tentang membeli kain sutera di Pasar Payang, kali ini saya ingin berkongsi dengan pengunjung blog ini tentang kilang pembuatan sutera yang tersohor di Terengganu. Saya sempat singgah sebentar di sini semasa menemani suami bekerja di Kuala Terengganu iaitu waktu cuti sekolah baru-baru ini. Kilang yang dimaksudkan ialah Noor arfa Batek Sdn Bhd yang terletak di Kawasan Industri di Cendering dan jarak lokasinya dianggarkan 25 kilometer dari Kuala Terengganu.



pandangan Noor Arfa Craft Complex dari luar pagar



papan tanda arah Noor Arfa Craf Complex (NACC)


Sebenarnya Noor Arfa adalah merupakan gabungan nama daripada pasangannya iaitu Wan Mohd. Ariffin dan Noor Hijerah. Sebenarnya bukan sahaja kilang pengeluaran batik yang terdapat di sini tetapi ia turut dikenali sebagai Noor Arfa Craft Complex. Bangunan Noor Arfa Craft Complex adalah dibina dengan senibina tradisional negeri Terengganu dan cantik sekali.


Noor Arfa Craft Complex adalah pengeluar dan pengedar batik yang terbesar di negeri Terengganu. Selain daripada itu juga, ia merupakan pusat pengumpulan dan pemasaran produk usahawan tempatan. Kain batik hasil buatan dari Noor Arfa Batek Sdn Bhd ini memang telah diakui oleh masyarakat tempatan kerana berkualiti tinggi dan pembuatannya yang sangat teliti.



rekabentuk Noor Arfa Craft COmplex bercirikan senibina Terengganu


Di Noor Arfa Craft Complex ini, para pengunjung boleh meninjau di bilik pameran batik-batiknya dan turut boleh membeli dengan secara borong dengan harga yang berpatutan. Selain daripada itu, anda boleh melihat cara-cara pembuatan batik dan boleh merasa mencanting batik secara sendiri. Selain daripada batik, di sini juga terdapat kraftangan daripada ukiran kaca, anyaman dan pembuatan wau.


banner yang menunjukkan perkhidmatan Noor Arfa Craft Complex


cara pembuatan batik (proses melukis, mencanting)


proses pembuatan batik (melukis, mencanting, merebus dan mencetak)



cara pembuatan blok untuk corak pembuatan batik


Noor Arfa Craft Complex turut menyediakan pelbagai kemudahan lain antaranya kopitiam, bilik VIP, Dewan Raja Sehari dan Dewan Seminar yang boleh disewa. Di sini amat sesuai sekali dijadikan sebagai tempat pelancongan samaada berkeluarga, pelajar sekolah atau pelajar ipt yang mengambil bidang berkaitan dan juga pelancong asing yang ingin mengenali dan mendalami kraftangan negeri Terengganu kerana pelbagai pameran berkaitan dengan kraftangan negeri Terengganu ada di sini.


Untuk keterangan lanjut tentang Noor Arfa Craft Complex ini, anda boleh layari laman webnya http://www.noor-arfa.com.my/


4 comments:

Anonymous said...

nice....would like to go there.

Norhaizan said...

yup u must go here...

~cik PELANGI~ said...

hello everyone...
about that blog.. i want to know more detail about this culture . i really like to see ladies whose wearing batek. why? it because that ladies show me"gadis melayu terakhir". to me batek is one heritage to care.

Amira Sofea said...

mcm mana nak dapat number fone

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails