Anda mempunyai akaun blogger?

Monday, December 27, 2010

PENGALAMAN INDAH SEMASA MENGINAP DI RIYAZ HERITAGE

Kami sekeluarga berpeluang menginap di Riyaz Heritage Resort & Spa pada minggu lepas dengan perasaan yang gembira sekali terutama tiga anak terunaku. Sebenarnya pengalaman bermalam di hotel sekitar Kuala Terengganu sudah biasa dinikmati setelah suami bekerja di negeri ini apabila suami perlu ke sini atas tuntutan kerja luar. Bayangkan sejak awal tahun 2006 setelah suami dipindahkan dari tempat kerja di Sandakan, Sabah ke Kemaman dan akhirnya...

Sunday, December 19, 2010

10,000 SERBU GIANT BANDAR BARU KIJAL

Saya terbaca satu artikel keluaran Harian Metro pada hari Sabtu (18 Disember 2010) yang telah mengeluarkan satu artikel tentang Giant Bandar Baru Kijal yang baru dibuka pada dua hari yang lepas telah diserbu oleh penduduk sekitar seramai 10,000 orang. Penduduk sekitar dalam daerah dan juga termasuk dari Dungun dan Hulu Terengganu menyerbu pasar raya berkenaan sempena pembukaan promosinya.Giant Superstore Kijalkeratan artikel Berita Harian Metro,...

Thursday, December 16, 2010

AKAN BERMALAM DI RIYAZ HOTEL

Pada 23hb Disember ini kami sekeluarga akan menginap di Riyaz Hotel iaitu hadiah sempena mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu. Hotel ini terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu dan jika anda tidak pasti di mana letaknya hotel ini sila klik di sini untuk ke google maps. Jenis bilik yang kami terima untuk hadiah tersebut ialah jenis Serambi Deluxe yang sememangnya tampak bergaya dan mewah kerana hotel ini bertaraf...

Monday, December 13, 2010

TASIK KENYIR TARIK PEMANCING LUAR

Saya terbaca satu artikel keluaran Harian Metro tentang penyampaian hadiah pemenang di dalam Pertandingan Memancing Piala Kenyir 2010 yang diadakan di Primula Hotel semalam. Penganjuran program seumpama ini membuktikan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dikenali kaki pancing yang menjadikannya sebagai antara destinasi memancing baru di peringkat antarabangsa.keratan akhbar dari Harian Metro Bayangkan lebih 80 peserta terdiri daripada...

Thursday, December 9, 2010

PELBAGAI JENIS KUIH DAN MAKANAN PAGI DI KEDAI KUIH CHE' TAR

Terdapat sebuah kedai kuih yang menjual pelbagai kuih dan makanan pagi yang terdapat di kawasan bandar Kuala Terengganu yang saya suka singgah jika berada di sini. Kedai ini terletak berhampiran dengan Kedai Nasi Kerabu Fauzi yang pernah saya ceritakan di sini sebelum ini. Kedai ini berada di sebelah kedai percetakan banner dan berhampiran dengan lampu isyarat yang dinamakan Kedai Kuih Che' Tar yang beralamat 1020 A, Jalan Sultan Ismail, 20000...

Wednesday, December 8, 2010

KEJOHANAN PIALA MONSOON 2010 TINGKAT IMEJ TERENGGANU

Penulis tidak dapat menghadirkan diri ke pertandingan kapal layar Monsoon Cup 2010 yang diadakan di Pulau Duyong, Terengganu yang telah berakhir 3 hari yang lepas kerana terpaksa mengikut suami bekerja selama seminggu di Pulau Pinang yang tanpa dirancang. Walaupun penulis sudah merancang untuk ke program ini sebelum ini, tetapi apakan daya manusia hanya merancang dan Allah yang menentukannya. Meskipun begitu, penulis cuba berusaha untuk memaparkan...

Thursday, December 2, 2010

MENIMBA ILMU SAINS DI PLANETARIUM TERENGGANU

Selama saya berada di Kuala Terengganu sebelum ini tidak pula saya mengetahui rupanya di Kuala Terengganu terdapat sebuah pusat sains iaitu Planetarium. Saya menyedari kewujudan Planetarium ini semasa melawat ke Festival Songket, Batek dan Kraftangan 2010 di sini pada 28hb November yang lepas. Teringat kembali semasa saya berada di sekolah menengah atas, jika hendak melawat pusat sains seumpama ini kami perlu ke Planetarium di Kuala Lumpur. Dan untuk...

Wednesday, December 1, 2010

MELAWAT KE PAMERAN FESBAK 2010 DI TTC

Semasa berada di Kuala Terengganu 28hb November 2010 iaitu sebelum bertolak ke Pulau Pinang, saya sempat melawat ke FESBAK 2010 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). FESBAK atau singkatan kepada Festival Songket, Batek dan Kraftangan yang telah berlangsung bermula 25hb November hingga 4hb Disember 2010. Di dalam festival ini, banyak pameran barangan seperti songket, batik, kraftangan dan juga makanan tradisional yang diusahakan oleh usahawan-usahawan...
Related Posts with Thumbnails