Anda mempunyai akaun blogger?

Thursday, July 29, 2010

KEINDAHAN KAWASAN REKREASI TASIK PUTERI...

Kami sekeluarga berkesempatan singgah Kawasan Rekreasi Tasik Puteri semasa dalam perjalanan ke Kuala Terengganu pada dua minggu yang lepas. Kawasan Rekreasi Tasik Puteri adalah terletak 33 kilometer daripada bandar Dungun dan 77 kilometer daripada bandar Kuala Terengganu.Jika pengunjung dari Kuala Lumpur yang memandu sendiri boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan masuk ke Jalan Jerangau-Jabor sebelum menuju ke bandar Al-Muktaffi Billah...

Monday, July 26, 2010

PERTANDINGAN MEMANCING PIALA BANDARAYA 2010

Negeri Terengganu amat meriah dengan pelbagai program yang menarik pengunjung di seluruh Malaysia sama ada di dalam negeri Terengganu mahupun luar negeri Terengganu. Selain daripada itu juga, program seumpama ini turut akan menarik pelancong luar untuk bersama-sama menyertai semua program yang di adakan tersebut.Iklan Pertandingan Memancing Piala Bandaraya 2010Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu program memancing yang diberi nama Pertandingan...

Tentang Blog Ini

• Tema blog ini ialah "BERBALOI DI TERENGGANU KITA". Maksud tema ini ialah seseorang akan dapat banyak faedah jika datang ke negeri Terengganu kerana pelbagai perkara yang boleh dialami antaranya keindahan pulau-pulaunya, pantainya yang bersih, air terjunnya yang sejuk dan jernih, kaya dengan flora dan fauna, kesenian krafnya, pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan negeri, sejarahnya dan makanannya yang sedap serta tersohor di pelusuk...

Friday, July 23, 2010

KEINDAHAN AIR TERJUN JERAM TANDUK

Semasa perjalanan ke Kuala Terengganu baru-baru ini, saya berkesempatan singgah di Air Terjun Jeram Tanduk. Tempat ini dianggarkan lebih kurang 20 km hingga 30 km daripada bandar Kemaman.papan tanda dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu Dari papan tanda, kita perlu masuk ke kawasan Kampung Air Putih dan lebih kurang 1km anda jumpa simpang dan belok kanan. Seterusnya ikut sahaja papan tanda ke Air Terjun Jeram Tanduk. Tetapi di kawasan ini perlu...

Thursday, July 22, 2010

CENDERAMATA DARI KEMAMAN

Semasa bersiar-siar di kawasan Kuala Kemaman berhampiran dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuala Kemaman , saya terpandang satu kedai yang sangat menarik perhatian. Kedai yang dimaksudkan ialah kedai menjual keropok dan tarikan yang dimaksudkan ialah jualan sampingannya iaitu kulit kerang yang telah mati. Sebenarnya saya suka mengumpul kulit-kulit kerang yang telah mati jika bersiar-siar di mana-mana pantai.Bagi saya ia hanyalah hobi semata-mata....

Wednesday, July 21, 2010

MENIKMATI CAHAYA KELIP-KELIP DI SUNGAI YAK YAH

Artikel kali ini saya ingin berkongsi tentang tempat yang popular di Kemaman iaitu Sungai Yak Yah di Kg Ibok, Kemaman. Sudah bertahun-tahun selalu ke Kemaman, tidak pernah saya menjejakkan kaki ke sini. Sungai Yak Yah sebenarnya tidak jauh daripada Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman. inilah kunang-kunang, lihat dipunggungnya bernyala-nyalaMungkin jika di waktu siang pengunjung akan lihat tiada apa-apa keistimewaan di sini. Tetapi pada waktu malam tempat...

Monday, July 19, 2010

TENTANG PENULIS

Penulis merupakan seorang ibu yang berkerjaya dan mempunyai 3 cahayamata. Berminat dalam bidang ICT dan banyak masa dihabiskan dengan mempelajari ilmu ICT. Sebenarnya penulis baru sahaja berjinak-jinak dengan blog, setelah mendapat maklumat tentang pertandingan blog pelancongan ini penulis berusaha untuk belajar dan belajar. Buat masa sekarang, penulis masih lagi belajar...dan belajar....keluarga kesayangankuPenulis pernah belajar di salah sebuah...

Thursday, July 15, 2010

PERTANDINGAN PENGISAHAN KENEGARAAN 1MALAYSIA

Program ini akan diadakan pada 16 Julai 2010 (Separuh Akhir) dan pada 17 Julai 2010 (Peringkat Akhir) di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Perasmi untuk program untuk program ini ialah YAB Dato' Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu. Program ini diadakan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan negara kita yang akan berlangsung tidak lama lagi.banner untuk promosi program iniProgram seumpama ini sebenarnya dapat membuka mata generasi muda akan...

JOM PAKAT GI PIKOM 2010 - PUSAT DAGANGAN TERENGGANU

Program PAMERAN ICT PIKOM (PC FAIR) adalah merupakan acara tahunan yang biasa dilakukan di sini. Sebenarnya program seumpama ini turut membantu menjana ekonomi negeri Terengganu. Program ini mendapat sambutan yang hangat daripada pengusaha peralatan komputer dan ict di seluruh negeri Terengganu dengan menyertai pameran ini.banner yang digantung di Pusat Dagangan Terengganu..Pameran ICT -PC Fair 2010 yang dianjurkan oleh PIKOM pada tahun ini diadakan...

MELAWAT AKTIVITI NELAYAN DI LKIM - KUALA KEMAMAN

Alang-alang berada di Kemaman pada minggu yang lepas, kami sekeluarga menyusuri jalan ke Kuala Kemaman dengan harapan ada aktiviti atau tempat yang menarik yang boleh dilewati. Selepas melewati kawasan perhentian bas Kemaman, kami terjumpa papan tanda Kuala Kemaman dengan gambar seorang nelayan memegang ikan. Bila terbaca perkataan "Kuala Kemaman" teringat pula lagu terengganu kita nyanyian Salem dengan lirik lagu..."hey hey hey bangun weh..tangkap...

Tuesday, July 13, 2010

MAKAN SATAR, OTAK-OTAK DAN PAIS DI WARUNG OTAK-OTAK CHE WAN - KEMAMAN

Artikel hari ini saya nak berkongsi keenakan satar, otak-otak dan pais di Warung Otak-Otak Che Wan, Kemaman. Sebenarnya bukan sekali dua saya telah ke sini, tetapi boleh dikatakan sebulan pasti sekali saya akan ke sana. Jika anda ingin ke sini perlu masuk ke kawasan Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman, Terengganu. Anda akan nampak deretan kedai yang penuh dengan kereta itulah kedainya.Pada hari sabtu yang lepas kami singgah ke Warung Otak- Otak Che Wan...
Related Posts with Thumbnails