Anda mempunyai akaun blogger?

Monday, November 29, 2010

MAKAN LEMPENG NYIUR DI KEDAI MAKAN SUKA RAMAI KG. MERAGA BERIS

Pada petang semalam, kami bertolak ke Kuala Terengganu agak lewat dan perut pula tidak terisi pula dengan apa-apa makanan petang. Akibatnya perut mula la berkeroncong sepanjang perjalanan dari Kuantan ke Kemaman. Apalagi sampai sahaja di Kg Meraga Beris, suami mengajak untuk singgah makan di Kedai Makan Suka Ramai yang biasa kami singgah sebelum ini jika melalui jalan pantai pada lewat petang. Sebenarnya kedai ini hanya beroperasi pada waktu petang...

Friday, November 26, 2010

FESTIVAL BATIK, SONGKET DAN KRAFTANGAN 2010 DI TTC

Saya terbaca sebuah artikel di dalam akhbar online Teganuhariini tentang sebuah program yang sedang berlangsung sekarang secara besar-besaran di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Kerajaan Terengganu dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) menganjurkan festival batik, songket dan kraf Terengganu 2010 bermula 25 November ini sehingga 4 Disember 2010. Program ini akan berlangsung selama dua minggu dan semua penduduk seluruh negara dijemput...

Wednesday, November 24, 2010

TAK SABAR NAK BERCUTI DI HOTEL RIYAZ...

Semalam belek surat khabar Metro dari muka pertama hingga ke akhirnya, terjumpalah artikel tentang Hotel Riyaz di Pulau Duyong tu. Kebetulan pula pakej penginapan hadiah yang diterima pula dekat situ tak sabar pula nak menginap di situ cepat-cepat. Encik suami pula tak dapat menempah semasa Karnival Moonson kerana bilik sudah dipenuhkan dengan peserta Monsoon Cup nanti. Jadi semasa program itu berjalan, kami terpaksa menginap di rumah sewa Encik...

Tuesday, November 23, 2010

BERHATI-HATI SEMASA MANDI MANDA DI AIR TERJUN SEMASA MUSIM TENGKUJUH

Saya terbaca satu artikel keluaran surat khabar Metro hari ini tentang kematian seorang pemuda yang sedang mandi di Hutan Lipur Lata Tembakah bersama 2 orang rakannya pada hari semalam. Arwah Ahmad bin Mustafa yang cuba membantu seorang rakannya yang tenggelam semasa mandi tambahan pula rakannya tidak pandai berenang tetapi selepas kawannya sempat diselamatkan, arwah pula yang tenggelam dan tidak timbul-timbul. Rakannya tidak dapat menyelamatkannya...

Sunday, November 21, 2010

YESS !! AKHIRNYA DAPAT JUGA MENUNGGANG GAJAH

Kami sekeluarga sempat singgah di Santuari Gajah Sg Ketiar semalam semasa perjalanan balik ke Kuala Terengganu. Santuari Gajah Sg Ketiar ini adalah terletak 56km dari Jeti Pengkalan Gawi dan 11km dari sempadan negeri Kelantan-Terengganu jika anda datang dari arah Kelantan melalui jalan Felda Sg Aring - Tasik Kenyir. Sepanjang perjalanan untuk ke Kuala Terengganu, kami dipersembahkan dengan keindahan panorama Tasik Kenyir yang kebiru-biruan. Ramai...

Saturday, November 20, 2010

KEMBALI KE KUALA TERENGGANU SELEPAS BERCUTI RAYA IDUL ADHA

Pada petang ini kami sekeluarga akan bertolak ke Kuala Terengganu yang akan melalui jalan Felda Sg. Aring -Tasik Kenyir. Tak sabar pula nak melihat keindahan sekitar Tasik Kenyir dan singgah di Santuari Gajah Sg Ketiar nanti. Rindu pula pada 3 ekor gajah yang pernah kami pegang dan bergambar bersama-sama beberapa bulan yang lepas semasa singgah di sini. Saya tidak dapat bayangkan pada tahun 2012 yang kawasan sekitar Tasik Kenyir yang biasa kami lalui...

Tuesday, November 16, 2010

MALAM INI BALIK KAMPUNG, TAPI SINGGAH DAHULU DI KUALA TERENGGANU!

Hari esok adalah merupakan hari perayaan yang besar-besaran bagi umat Islam selain daripada Hari Raya Aidilfitri. Pada tahun ini kami akan menyambut Hari Raya Idhul Adha ini di Kelantan, di mana tiba-tiba kami menukar rancangan asal yang hanya beraya di Kuantan.Jadi, kami akan bertolak pada malam ini juga dan singgah di Kuala Terengganu dahulu sebelum pada awal pagi kami bertolak ke kampung halaman di Kelantan. Dan kami akan dijangka sampai pada...

Sunday, November 14, 2010

SUTERA EKSLUSIF TERENGGANU DI KUANTAN!!

Bulan ini merupakan bulan yang terakhir untuk persekolahan pada tahun ini. Persekitaran sekolah amat sibuk terutama kami guru-guru di sekolah kerana perlu menanda kertas peperiksaan akhir tahun pelajar, menyiapkan fail-fail panitia dan juga fail persatuan, memasukkan markah ke dalam sistem, kemas bilik khas kepada guru yang memegang bilik khas , menghantar penilaian prestasi dan macam-macam lagi. Kadang-kadang bila akhir tahun sebegini, ramai antara...

Saturday, November 13, 2010

BURRPPP KENYANG HARI NI DAPAT MAKAN SATAR, OTAK-OTAK DAN PAIS CHE WAN

Lepas mengambil adik dari SMK Lepar Hilir tengahari tadi kerana ada peperiksaan Mtest di situ, kami terus bergerak ke Kemaman untuk ke Kedai Che Wan Geliga, Kemaman. Lama juga tak ke sana, selepas baca balik artikel tentang satar di situ rindu la pula ngan otak-otak, satar dan paisnya. Kebetulan suami pun ada di rumah kerana bercuti di hujung minggu. Kedai Otak-Otak Che Wan ini terletak di Kg Geliga iaitu laluan ke Pantai Teluk Mak Nik dan anda...

Friday, November 12, 2010

ESOK KE KEMAMAN JALAN-JALAN CARI MAKAN

Esok adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh saya kerana pada hari esok kami sekeluarga akan ke Kemaman, Terengganu untuk makan satar, otak dan pais di Kedai Che Wan yang sedap tu. Berkecur pula air liur bila buka balik artikel yang saya masukkan ke blog ini sebelum ini yang menceritakan tentang "Makan Satar, Otak-otak dan Pais di Kedai Che Wan" yang menceritakan keenakan makanan itu. Jika pembaca tidak biasa atau tidak pernah tahu kewujudan kedai...

Monday, November 8, 2010

KARNIVAL MONSOON SEMPENA PERTANDINGAN MONSOON CUP 2010

JIka anda berada di sekitar bandar Kuala Terengganu pasti akan terlihat banner Karnival Monsoon sempena pertandingan Monsoon Cup 2010 ini. Saya sempat mengambil gambar banner tersebut yang diletakkan berhampiran lampu isyarat sekitar bandar Kuala Terengganu semasa cuti umum sempena perayaan Deepavaali baru-baru ini. Karnival Monsoon ini akan diadakan bermula 30hb November sehingga 5hb Disember 2010 di Ri-Yaz Heritage Marina & SPa, Pulau Duyong....

Sunday, November 7, 2010

LAYANAN KEDAI KEROPOK LEKOR BTB BAGAI TUNGGU GILIRAN KAUNTER BANK

Jika sebelum ini saya pernah memasukkan cerita tentang kesedapan keropok lekor bukit tok beng, dan kali ini sekali lagi saya akan bercerita tentang perkara yang sama. Pada hari semalam (hari Sabtu) semasa berada di Kuala Terengganu saya sempat singgah ke Kedai keropok lekor Bukit Tok Beng untuk membeli keropok lekor untuk dibawa balik ke Kuantan. Kedai ini terletak di Kampung Bukit Tok Beng yang merupakan laluan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud....

Saturday, November 6, 2010

AKTIVITI SEKITAR DI TIEP SEMPENA SULTAN'S CUP TERENGGANU ENDURANCE CHALLENGE

Perjalanan kami dari Kg. Jabi, Jerteh untuk ke Kuala Terengganu hari ini tidak disiakan begitu sahaja kerana kami singgah sebentar di Terengganu International Endurance Park (TIEP) untuk meninjau pertandingan Sultan’s Cup Terengganu Endurance Challenge. Sebenarnya daripada papan informasi yang diletakkan di sekitar kawasan TIEP ini rupanya banyak aktiviti yang diadakan selain daripada Panggung Terbuka yang telah saya masukkan ke dalam blog sebelum...

Thursday, November 4, 2010

PANGGUNG TERBUKA DI TERENGGANU INTERNATIONAL ENDURANCE PARK

Sebenarnya dalam beberapa hari yang lepas ingin saya mengemaskini blog ini dengan satu program yang menarik yang akan berlaku di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong pada 5 November hingga 6 November 2010 tetapi sibuk pula dengan memasukkan artikel tentang majlis penyampaian hadiah pertandingan blog ini pula. Akhirnya niat saya dilupakan begitu sahaja, sehingga hari ini apabila semak kembali gambar-gambar di dalam telefon bimbit...

Wednesday, November 3, 2010

KEMENANGAN INI ADALAH UNTUK SEMUA

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Negeri Terengganu , Kerajaan Negeri Terengganu, Unit Komunikasi Negeri Terengganu dan kepada semua pihak yang terlibat kerana memberi peluang kepada peserta-peserta pertandingan blog ini untuk bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan negeri untuk mempromosikan Terengganu sempena Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan. Daripada penilaian saya sendiri dengan...
Related Posts with Thumbnails