Anda mempunyai akaun blogger?

Saturday, August 14, 2010

MELAWAT KE KAMPUNG CINA TEMPAT YANG PENUH BERSEJARAH

Hari ni saya ingin berkongsi tentang satu tempat bersejarah dan tersohor di Kuala Terengganu iaitu Kampung Cina. Kampung Cina ini adalah terletak di muara Kuala Terengganu. Kampung Cina amat unik dan cantik kerana jalannya bukannya ditutupi dengan turap tar tetapi batu bata yang berwarna warni. Selain daripada itu tiang lampunya juga amat menarik sekali.


pintu gerbang di Kampung Cina



Jika anda bermalam di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu, amat mudah sekali untuk ke sini kerana kedudukan Kampung Cina ini adalah bersebelahan dengan hotel tersebut. Hotel ini amat cantik sekali kerana dibina di tepi muara Kuala Terengganu dan amat strategik untuk anda jika ingin ke tempat-tempat lain di kawasan Kuala Terengganu. Semasa saya melewati kawasan ini pada waktu senja, kawasan ini penuh dengan kedai-kedai orang cina yang sibuk dengan urusan masing-masing. Keadaan tersebut amat bersesuaian sekali kawasan ini dengan panggilan “China Town”.


suasana senja di Kampung Cina, Kuala Terengganu


penulis di depan pintu gerbang Kampung Cina


Daripada pembacaan saya di dalam internet, Kampung Cina ini telah wujud semenjak sekian lama dan ia merupakan perkampungan pedagang Cina yang berdagang antara China dan Semenanjung Tanah Melayu yang bermula semenjak awal abad ke 15. Oleh yang demikian, kewujudan Cina adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara kerajaan China dan Kerajaan Terengganu. Pada pendapat saya, Kampung Cina adalah saling tidak tumpah seperti di kawasan perkampungan Baba dan Nyonya di negeri Melaka. Kiranya perkampungan ini wujud sejak sekian lama semasa zaman kegemilangan negeri Melaka iaitu semasa menjalankan perdagangan dengan negara China.


Jika anda ingin merasai sendiri suasana Kampung Cina yang penuh bersejarah ini, jangan lupa singgah ke sini.


* Lawatan ke Kampung Cina kali kedua.




4 comments:

KiNuT said...

salam..saya shaqina.saya sedang membuat research tentang 1 malaysia.bolehkah saya mendapat maklumat @ info tentang perkampungan ini???boleh saya dapatkan no telefon penduduk @ ketua kampung ini yang pihak anda kenal..ni my email shaqinaasiqin@yahoo.com...sila tingalkan no mesej anda pada email saya.

Anonymous said...

salam ..hai shaqina ..xnak ke num telep0n saye ? hehehe ..

Norhaizan said...

maaf shaqina...saya baru perasan your mesej..better u bertanya di pejabat pelancongan berkaitan researh u tu sebab saya rasa perkampungan ini sepenuhnya di bawah pihak kementerian pelancongan dan majlis perbandaran terengganu..maaf sekali lagi kerana lambt reply...

Earie Mellyza said...

sape yg nk bgi shaqina no. phone tu?

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails